saya sangat kecewa dengan keputusan saya untuk mengabaikan pelajaran saya sejak 1.5 bulan lalu. memang betul cakap cikgu zaibah, seksyen peribahasa begitu penting. dengan senang-lenang saya boleh mendapat 20 markah. tetapi kerana saya tidak menghafalnya, hanya 1 markah sahaja yang saya dapat. 42/100 ialah markah untuk peperiksaan bahasa melayu saya.
sekarang hanya tinggal A level. sahaja. sudah tiada lagi sebab untuk saya melambatkan saya untuk mula menghafal peribahasa. tetapi satu masalah saya ialah saya sering hilang list peribahasa saya. dan saya tak tahu bagaimana untuk meminta cikgu zaibah untuk satu lagi. insyallah cikgu membaca blog saya eh! hehe.
____________________________
Sambungan introduksi:
Saya meminati lagu-lagu dan cerita-cerita hindustan. dari kecik lagi saya telah mendengar dan menontonnya. saya telah menceburi bidang musik classical india sejak umur saya 10 tahun hingga sekarang. tetapi saya lebih meminat bermain musik pop hindustan kerana ia lebih menarik. musik klasikal pula ialah sebuah ujian skill kerana tahap kesusahannya memang mencabar. Saya mahir dalam bidang permainan tabla. selain itu saya juga meminati bermain drum. impian saya ialah bermain untuk penyanyi yg terkenal. okie sampai disini sahaja untuk hari ini.
lagu di blog saya ni adalah sebuah rakam sewaktu kugiran saya membuat persembahan di quality hotel 2 bulan yg lalu.
``the heart was destroyed @
5:41 AM
Introduksi:
Nama saya ialah Nashahrudin B. Fasulludi.
Kawan-kawan saya memanggil saya 'shah' ataupun 'nash'
Seorang pelajar daripada sekolah Millennia Institute.
Saya mengambil subjek-subjek seperti physics, chemistry dan C-maths.
Saya meminati musik.
Saya suka bermain sukan-sukan seperti
bola sepak
dan
rugby
Saya adahlah seseorang yang makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan tetapi saya suka meminum air bandung.
saya meminati kereta.
Kereta kegemaran saya ialah 2006 Ford Shelby Cobra Concept car.jpg)
-------------------------------------
Kisah hidup saya hari ini :
Saya baru sahaja menerima markah-markah peperiksaan setengah tahun pagi tadi. Dengan markah-markah ini. saya akan gagal peperiksaan akhir tahun jikalau saya tidak belajar dengan tekun. Tetapi, saya tidak akan putus asa.
Bahasa melayu saya agak teruk. Saya tidak pandai berbicara dalam bahasa baku. Ini kerana saya sering berbual dalam bahasa pasar ataupun inggeris. Saya pun bukan seorang yang berbangsa melayu. Saya seorang india tetapi beragama islam. saya hanya suku melayu. Ini kerana hanya nenek sebalah bapak saya berketurunan melayu. Datuk sebelah bapak saya dua ibubapa ibu saya berketurunan marlbari (sejenis kumpulan etnik india). Sampai disini sahaja.
``the heart was destroyed @
11:04 PM